Pantun Motivasi
Posted by hannani on April 13, 2008
Teknologi Pendidikan nama kuliahnya
Sarjana Pendidikan Islam nama kursusnya
Prof Dr Hj Suaidi nama pensyarahnya
Banyak pengetahuan diterima daripadanya
Prof Dr Hj Suaidi mulia hatinya
Kami suka megikuti kuliahnya
Masa belajar tanpa merasainya
Terima kasih kerana memahaminya
Aku dan 7 temanku mahasiswanya
1 tahun kursus bukanlah lama
Kami memohon kepada yang berkuasa
semoga kami semua berjaya
Sudah sedar terlanjak usia
Gagah berani mengikuti sarjana
Aku berdoa kepada yang kuasa
Semoga ilmuku tidak sia-sia
Mula belajar rasa tak serasi
Badan dan Kepala terasa sakit
Wahai temanku inilah Pantun Motivasi
Agar hilang segala penyakit
Perahu Temburong bergerak laju
Bandar Seri Begawan destinasinya
Setakat ini pantun yang termampu
Ku ucapkan majujaya semuanya
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
KAMPUNG SAYA
Posted by hannani on April 12, 2008
Projek Pondok Memancing Dan Riadah
Kampong Buda-Buda terletak di Mukim Bokok. Kata nama Buda-Buda setelah diselidiki melalui kamus Melayu tidak ada dicatatkan tetapi dari temubual beberapa orang penutur etnik Murut yang terdapat di Daerah Temburong mengatakan bahawa kata “Buda” bererti putih. Jika kata Buda dijamakkan ia membawa erti putih-putih. Setelah diteliti yang putih-putih itu ialah batu putih atau pasir putih sememangnya terdapat di sekitar bukit Buda-Buda.
Saya berbangga dengan Kampong Buda-Buda kerana telah dianugerahkan sebagai Kampong Cemerlang Peringkat Daerah Temburong pada tahun 2007M bersama dengan Kampong Belais.
Ceria DiriKu, Bahagia KeluargaKu, Maju KampongKu
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
UJIAN YANG MAHA ESA
Posted by hannani on April 11, 2008
Daerah saya iaitu Temburong telah dilanda banjir pada 9 hingga 10 Februari 2008M. Banjir telah menyebabkan Kampung Menengah, Kampung Bokok, Kampung Paya Begangan, Kampung Belais dan Buda-Buda terjejas teruk hingga memutuskan perhubungan jalan raya. Banjir dipercayai menjejaskan lebih 240 buah rumah di lima mukim dengan lebih 1,000 orang mangsa.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
HILANGKAN STRES
Posted by hannani on April 11, 2008
Buat pembaca sekalian, setiap sesuatu yang dikejar perlu pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga dan fikiran amat diperlukan dan kadang-kadang membuat kita tidak mampu untuk merealisasikannya. Keluhan, kekusutan dan keletihan sering muncul menghambat kemampuan kita sebenar yang akhirnya membawa kita tidak kuat untuk melakukan tugasan semaksimal bagi mencapai tujuan kita. Oleh itu saya mengajak para pembaca untuk tangguh dan sabar dalam melakukan sesuatu bagi mencapai tujuan. Berfikir secara positif, kikis segala pemikiran negatif agar kita boleh melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugasan.
BERSEMANGAT! BERSEMANGAT! BERSEMANGAT!
KATAKAN KITA BOLEH!
Posted in Rileks | Leave a Comment »
Hello world!
Posted by hannani on February 26, 2008
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »







