KAMPUNG SAYA
Posted by hannani on April 12, 2008
Projek Pondok Memancing Dan Riadah
Kampong Buda-Buda terletak di Mukim Bokok. Kata nama Buda-Buda setelah diselidiki melalui kamus Melayu tidak ada dicatatkan tetapi dari temubual beberapa orang penutur etnik Murut yang terdapat di Daerah Temburong mengatakan bahawa kata “Buda” bererti putih. Jika kata Buda dijamakkan ia membawa erti putih-putih. Setelah diteliti yang putih-putih itu ialah batu putih atau pasir putih sememangnya terdapat di sekitar bukit Buda-Buda.
Saya berbangga dengan Kampong Buda-Buda kerana telah dianugerahkan sebagai Kampong Cemerlang Peringkat Daerah Temburong pada tahun 2007M bersama dengan Kampong Belais.
Ceria DiriKu, Bahagia KeluargaKu, Maju KampongKu
Advertisement