Hannani’s Weblog

SELAMAT DATANG

Slide 1

Posted by hannani on April 16, 2008

Kenangan- Guru-guru dan murid-murid sesi petang 2007 Sekolah Ugama Bokok 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Slide 2

Posted by hannani on April 16, 2008

Kenangan- Guru-guru dan murid-murid sesi pagi 2007 Sekolah Ugama Bokok

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Slide 3

Posted by hannani on April 16, 2008

Udang galah – Hasil pancingan aku dan suamiku di Sungai Pandaruan Temburong

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pantun Motivasi

Posted by hannani on April 13, 2008

Teknologi Pendidikan nama kuliahnya

Sarjana Pendidikan Islam nama kursusnya

Prof Dr Hj Suaidi nama pensyarahnya

 Banyak pengetahuan diterima daripadanya

 

Prof Dr Hj Suaidi mulia hatinya

Kami suka megikuti kuliahnya

Masa belajar tanpa merasainya

Terima kasih kerana memahaminya

 

Aku dan 7 temanku mahasiswanya

1 tahun kursus bukanlah lama

Kami memohon kepada yang berkuasa

semoga kami semua berjaya

 

Sudah sedar terlanjak usia

  Gagah berani mengikuti sarjana

Aku berdoa kepada yang kuasa

Semoga ilmuku tidak sia-sia

 

Mula belajar rasa tak serasi

Badan dan Kepala terasa sakit

Wahai temanku inilah Pantun Motivasi

Agar hilang segala penyakit

 

Perahu Temburong bergerak laju

Bandar Seri Begawan destinasinya

Setakat ini pantun yang termampu

Ku ucapkan majujaya semuanya  

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

KAMPUNG SAYA

Posted by hannani on April 12, 2008

 

  Projek Pondok Memancing Dan Riadah 

Kampong Buda-Buda terletak di Mukim Bokok. Kata nama Buda-Buda setelah diselidiki melalui kamus Melayu tidak ada dicatatkan tetapi dari temubual beberapa orang penutur etnik Murut yang terdapat di Daerah Temburong mengatakan bahawa kata “Buda” bererti putih. Jika kata Buda dijamakkan ia membawa erti putih-putih. Setelah diteliti yang putih-putih itu ialah batu putih atau pasir putih sememangnya terdapat di sekitar bukit Buda-Buda.

Saya berbangga dengan Kampong Buda-Buda kerana telah dianugerahkan sebagai Kampong Cemerlang Peringkat Daerah Temburong pada tahun 2007M bersama dengan Kampong Belais.

Ceria  DiriKu, Bahagia KeluargaKu, Maju KampongKu

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

UJIAN YANG MAHA ESA

Posted by hannani on April 11, 2008

 

Daerah  saya iaitu Temburong telah dilanda banjir pada 9 hingga 10 Februari 2008M. Banjir  telah menyebabkan Kampung Menengah, Kampung Bokok, Kampung Paya Begangan, Kampung Belais dan Buda-Buda terjejas teruk hingga memutuskan perhubungan jalan raya. Banjir  dipercayai menjejaskan lebih 240 buah rumah di lima mukim dengan lebih 1,000 orang mangsa.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

HILANGKAN STRES

Posted by hannani on April 11, 2008

Buat pembaca sekalian, setiap sesuatu yang dikejar perlu pengorbanan.  Pengorbanan masa, tenaga dan fikiran  amat diperlukan dan kadang-kadang membuat kita  tidak mampu untuk merealisasikannya.   Keluhan,  kekusutan dan keletihan sering muncul menghambat kemampuan kita sebenar yang akhirnya membawa kita tidak kuat untuk melakukan tugasan semaksimal bagi mencapai tujuan kita. Oleh itu saya mengajak para pembaca untuk tangguh dan sabar dalam melakukan sesuatu bagi mencapai tujuan. Berfikir secara positif, kikis segala pemikiran negatif agar kita boleh melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugasan. 

BERSEMANGAT! BERSEMANGAT! BERSEMANGAT!

KATAKAN KITA BOLEH!

 

 

 

 

 

Posted in Rileks | Leave a Comment »

Hello world!

Posted by hannani on February 26, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »